January 21, 2011

Khurafat -Filem


Ni nak beritahu bahawa filem Khurafat ini mula ditayangkan pada 13 Januari 2011. Pada 14 Januari, hari Jumaat lepas balik kerja, saya tidak plan nak menonton filem ni dengan kawan-kawan. Proses ajak kawan-kawan ni malaslah nak cerita...hehe.. yang penting, kami pergi tengok filem kan? Hurm.. pendek ceritalah keh? Macam ni, kawan saya ni ajak tengok movie pada hari Ahad (16 Jan) tapi rasa nak rest pada hari itu.So, suggest lah pada pada Jumaat itu. pastu..pastu (skip2 cerita..hehe).. pastu kami pun beli tiket cerita Khurafat. Actually, filem Khurafat ini ialah filem Melayu pertama yang saya menonton di cinema. Selama ini menonton kat TV atau CD je. Kalau ikutkan, saya tak nak menonton filem ni. Saya nak menonton filem "Shock Labyrinth: House of Horrors", filem seram juga (since kawan saya tu nak menonton filem seram tapi filem melayu juga jadi pilihan, apa boleh buat kan?)... Bukan apa tak nak menonton filem Melayu, sebab takut rugi saja spend RM10 seorang untuk filem yang belum pasti menarik. Namun, cuba juga beri peluang kepada filem tempatan. Bila masuk dalam cinema kan? tak ramai oranglah.. (sebab masuk awal). lama-kelamaan, semakin ramai yang masuk tetapi rasanya tak sampai penuh.Nak tau sinopsis nya tak?

Sinopsis:
"Khurafat" begins with Johan (Syamsul Yusof), a young man working as an assistant in a government hospital. He is a married man who has a wife named Aishah (Liyana Jasmay). The newlyweds are leading a peaceful life when suddenly they find themselves besieged by a weird creature. The presence of a mysterious old woman, together with the sudden emergence of Johan's ex-girlfriend Anna (Sabrina Ali) add to the mystery. Anna is always disturbing Johan even though she knows Johan is now with Aishah. 
Duration: 1 jam 20 minit.


Cerita ni menariklah. First, filem ni dimulakan dengan upacara pengebumian, sembahyang yang mana memang tipikal sangat untuk filem Melayu tetapi sangkaan memakin merosot bila babak yang lain-lain. Elemen kejutan memang berkesan, hampir-hampirlah sama dengan filem seram Thai, Korea dan lain-lain. Apa lagi eh? hurm.. Owh ya, babak Anna (Sabrina Ali) kurung dalam bilik dan percubaan bunuh diri, dia bermain dengan pisau, sungguh geli, macam real saja. Kalau tengok balik filem ni, saya akan skip/ forward je..hehe.. Hantu-hantu dalam filem ni memang seram, dan tak ditayang muka lama-lama which akan membuat orang tak berasa takut sebab nampak sangat hantu yang fake. Semasa sepanjang filem ni, ramai juga menjerit ketakutan dan terkejut. Tapi, ramai juga yang gelak-gelak sebab reaksi penonton terkejut memang lucu. Ada yang lambat menjerit, ada yang tak henti menjerit dan ada babak yang bosan membuat penonton sempat bersembang antara satu sama lain (bising la tu)..hehe. Erm.. jalan cerita filem ni memang tak disangka-sangka. Yang itu membuat filem ni patut dapat pujian. Kalau nak tau macam mana cerita ni? tengoklah sendiri. Bila baca kat Twitter dan Facebook, ramai yang berpuas-hati dengan filem ini.  Kalau disuruh beri bintang, tak pastilah skema permarkahannya macam mana tapi saya berikan 4 daripada 5 bintang. *pengajaran cerita ni ialah.... ikut pemahaman sendiri keh..malas nak ulas lebih lanjut dan memang obviously jangan melakukan perkara berdosa itu. hehe




p/s: bila tengok trailer "Karak"  yang diarah oleh Yusry Abdul Halim (KRU) macam tak sabar nak pergi menonton jugak. Lakonan: Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Ezendy, Kilafairy. Dalam trailer tu, memanglah seram tapi tak pasti juga jalan ceritanya macam mana pulak, ada banyak hantulah filem ni.


ni videonya:



Sekian terima kasih.


**Post akan datang ialah mengenai Anak Ikan, hadiah daripada Digi, contest daripada BlackBerry (RIM) dan banyak lagi....Tunggu~~~





3 comments:

  1. tol ke seram?ade kate xseram langsung

    ReplyDelete
  2. @engtaukia.com: ya!!!! u too rite!!

    @daylachan: erm... xseram..tp elemen mengejut tu yg seronok... slalu nya muvi melayu tak berjaya..kali ni berjaya. seram tu bila babak accident dan lepas tu...errr... bole tahan jugak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...