December 11, 2011

Video: True Love Story

What is Love? A True Animal Love Story




Baby Penguins




A heart touching story of a deaf girl.




A Very Sad & Touching Moments




Navin Kundra calledKhaali Dil (Empty Heart)




What does love mean?




animal couples true love!




**Poor Kitty




True Love Story




*Thanks for watching ^.^

**all vids are not belong to me





October 16, 2011

Happy Birthday To Me!! =)






A moment for being glad that you are you, and that there's no one else quite like you...
After all, you're the reason today is a special day, so celebrate yourself!
Have a wonderful 


BIRTHDAY!!!


hehe...thanks for all the wishes. vd^..^bv

Ok, now looking forward for next year..haha..








August 20, 2011

Jangan Nak Sombonglah






1. Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT 


2. Jgn bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jgn bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jgn bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA

 5. Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS


6. Jgn bangga dgn wajah yang Hensem dan Cantik ,kerana wajah yg terakhir = TANAH
7. Jgn bangga dgn susuk tubuh yg menarik , kerana tubuh yg terakhir = DIMAMAH ULAT
8. Setiap yang muda akan menjadi tua

 waktu bayi ( lemah ) - waktu muda ( kuat ) - waktu tua ( lemah )








*renung-renungkan














August 18, 2011

Video: Simple Plan - Jet Lag


Jet Lag - Simple Plan featuring Natasha Bedingfield





atau

Jet Lag - Simple Plan featuring Marie-Mai




*Sama tak tak serupa.











August 17, 2011

How to Make French Macarons



Apa tu Macarons? Saya sendiri pun belum pernah mencuba lagi, tetapi sekarang di Malaysia dah semakin popular kot. Rasanya mahal kot harga dia kalau dijual (tak pasti juga). Macarons ni warna-warni dan pasti sedap dan manis. hehe.

Ala, Recipe Macarons ni melambak kat google dan paling mudah di Youtube pun video cara membuat Macarons ni. hehe..

Saya tanya rakan twitter, Afnie; apa tu Macarons?:


Google sendiri ye bahan dia, saya tunjuk video cara-cara je keh.

How to Make French Macarons by FineCooking:


dan

Macarons - a tutorial by nikka1140:



*saya tahu, filling atau cream dia mesti susah nak buat kan?? atau susah cari bahan, buat je cream yang biasa-biasa saje atau guna je jem pun boleh.



Macam mudah kan?? Kalau dah pandai tu, bolehlah jual kat kawan-kawan, saudara-mara. =)

SELAMAT MENCUBA  d^..^bv

jom cuba yang ini juga:

Mini Nutella Brownies:


Yang ini best:

Homemade Gummy Bears











Inikah Kpop versi Malaysia: Max 24:7

Saya, tak ada masalah nak support industri muzik Malaysia. Bila ada rakan-rakan yang tanya;
"eh? kau layan lagu Melayu ke?? erk!"
*berkerut dahi* salah ke?? bagi saya tak salah pun dengar lagu Melayu.

Tapi, bila tengok Music Video daripada kumpulan Max 24:7 yang bertajuk Cinta 247

tgk dlu keh:



komen saya?:
- hampir2 lah nak berjaya nak jadi macam Kpop, tetapi lagu dan lirik; hampeh. Stress sangat nak dengar nya.
- rasanya nak jadi penyanyi Kpop perlu pemilihan, grooming, latihan dll kerana yang terbaik sahaja terpilih, maka yang terbaik, berbakat dan berkarisma yang menyerlah membuat peminat tergila-gilakan mereka. Namun, bila tengok balik video nih seperti tak ada kualiti yang hampir serupa.

Bukannya saya nak downkan mereka tetapi tetapi please praktis dan make sure betul-betul bersedia baru lah buat debut. Malaslah nak komen lebih. Harap dorang improve je lah. huhu..

Apa komen korang?

p/s: saya pun tak pasti apa point saya nak sampaikan?  hehehe *saya seronok baca komen kat youtube =P







August 13, 2011

Melatih diri untuk kurang makan


comel tapi tak sihat

Berpuasa, diet, bersenam dan sebagainya bukan perkara yang mudah untuk kurus. Memang sesetengah orang dilahirkan kurus tanpa melakukan apa-apa. Namun, sebahagian lagi struggle untuk menguruskan badan. Untuk mendapatkan badan yang kurus bukannya sehari tetapi mengambil masa dan kena bersabar dengan hasilnya.

Pakar-pakar kini percaya bahawa bagi sesetengah orang gemuk dan berat badan berlebihan mengurangkan berat badan bukan perkara tekad semata-mata, tetapi melatih otak untuk bertindak balas berbeza terhadap makanan.

sebab merekalah~

Even highly motivated and nutritionally informed patients struggle to refrain from highly palatable foods that are high in suger, salt and unhealthy fats. - Brad Applelhans

Walaupun bermotivasi tinggi dan pesakit yang sihat juga berjuang untuk menahan diri daripada makanan yang enak yang tinggi di gula, garam dan kandungan lemak yang tidak sihat. - Brad Applelhans
*entah betol ke tak translation tu..hehe



Langkah-langkah membantu melatih otak kita untuk kurang makan: 

~ Mengelak daripada STRESS; stress lah salah satu punca kita makan dengan lebih banyak, memakan junk food dan makanan yang tinggi kalori tanpa disedari.

~ Mengelak godaan daripada pengambilan makanan tinggi lemak di rumah dan di tempat kerja.

~ Senaraikan makanan yang sihat ketika shopping bagi mengelakkan daripada godaan membeli makanan tinggi lemak dan junk food 

~ *penting* saya tahu buffets adalah salah satu kegemaran rakyat Malaysia. Cuba mengelak daripada all-you-can-eat buffets dan restaurants yang menghidang hidangan yang banyak.



Penyelidik juga menyarankan memberi tumpuan kepada short-term weight loss goal, terutama di awal rancangan diet anda.Satu lagi kajian yang diterbitkan bulan lalu mendapati bahawa bagi sesetengah orang bercita-cita tinggi untuk memulakan diet pengurangan kalori, badan akan menentang dengan melambatkan metabolisme lebih jauh lagi. Untuk mengatasi mekanisme ini, disyorkan bahawa orang-orang yang berisi mula perlahan-lahan dan mengelakkan extensive calorie restriction sehingga badan mereka boleh menyesuaikan diri dengan pengambilan makanan kurang.

PEMALAS!!

Disamping itu,

JANGANLAH MALAS UNTUK BERSENAM!

bersenamlah walaupun senaman ringan spt; jalan-jalan, jogging, berbasikal, mengemas rumah, gardening, cuci kereta dan macam-macam lagi.


Lebih baik jika;

BERSENAM:

> Disyorkan supaya: 3 kali seminggu, 30 minit per-sesi.
> Dalam tempoh 30 minit, seorang individu boleh melakukan 3 jenis senaman secara berperingkat seperti pemanasan, senaman kardiovaskular (joging, berbasikal)
> Kerap melakukan senaman ini akan mengurangkan lemak dan membentuk otot. Kita boleh bersenam 30 minit atau 1 jam sebelum sarapan (tidak sarapan, bermakna dalam petang, makan malam) atau selepas makan malam tidak lama selepas proses pencernaan.
> Cuba untuk mengelak daripada makan malam yang berat seperti nasi. Sebaliknya, mengambil sejumlah kecil makanan seperti buah kurma dan segelas air mineral.
> Juga digalakkan berhenti bersenam 15-20 minit sebelum makan malam untuk berehat.

Selamat Berusaha!!!! d^..^b











Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"





*Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa..... dT..Tb

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.



Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terakhir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"



Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia


Abang pada tahun 2007.


9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)


_______________________________________________________

*maaf jika ada typo yer.. saya copy and paste jer untuk bacaan semua. d^..^b

kredit kpd:
~ Mastika
~ terima kasih kat Kak Azie sebab share kat email. =) >> Azie: twitter dan blog







August 10, 2011

Youtube Walking 2 of the day: Video Agak Lucah

Hasil daripada Youtube Walking sebelum ni, ada lagi video-video yang agak lucah tapi lucu. Post ni di-schedule kan pada malam bagi menghormati bulan puasa =)

*kalau rasa lucah sangat, jangan lah tonton keh. *bagi yang bawah 18tahun, silap click butang X di atas sebelah kanan yer.


1. Iklan Ikea: Langsir



2. patut salahkan diri sebab tak pakai condom



3. Tolong panaskan air coke



4. Confident itu penting



5. Iklan Microsoft



6. Please wear condom!!





*semua video bukan kepunyaan saya.. harap maklum







WordLess Wednesday #4 #WW : In Memory (Slytherin)




"wordless wednesday?On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. "
Read more: http://wiki.answers.com










WordLess Wednesday #3 #WW : Eat or Not To Eat



"wordless wednesday?On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. "
Read more: http://wiki.answers.com


August 09, 2011

SKETSA LAWAK - HANDPHONE AWAL 90an




hahaha...

*video itu bukan saya yang punya =)



Macam Mana Kalau AirAsia dan FireFlyz buat macam ni kat kita?





*video tersebut bukan saya yang punya

August 08, 2011

Youtube Walking -Iklan dan Video Lucu

Pepagi ni, sungguh bosan di tempat kerja. Nasib baik website Youtube tidak diblock, maka bolehlah Youtube Walking, aktiviti feveret. Tapi, speaker di PC office kena disable. Dapat nampak video pun cukuplah. Yang ini saya dapat. :)

iklan telefon bimbit di Thailand kot:




iklan di Kapal Terbang...hahaha



Mr. Bean pergi audition di Raja Lawak:



Balak yang sanggup lakukan apa saja untuk awek dia tapi kalau McD:




ada banyak lagi di Youtube, semua ada di sana. =) enjoysss..




August 05, 2011

Hilang


Title: Student loses purse, money and mobile phone while sitting for examination

Korang bole baca sendiri kan? kalau tak cukup besar, click lah gambar tu. owh..Kejadian berlaku pada Khamis, 04 Ogos 2011.


Di mana-mana boleh berlaku kehilangan barang-barang berharga terutama duit dan barang kemas. Sana-sini ada rompakan, kecurian, ragut dan penculikan pun boleh berlaku tanpa kita sedari. Kalau dah nama pencuri- perompak, ada saja cara dan trick mereka untuk mendapatkan sesuatu yang ada potensi sebagai sumber pendapatan mereka. Contohnya, pukau, ambil barang tanpa disedari tuannya dan sebagainya. 

Daripada artikel tersebut, nak salahkan siapa? Pihak Kolej? atau Pelajar? Masing-masing mestilah tak nak mengaku kerana kerugian adalah besar.

Pendapat saya:

Jika salah pihak Kolej. Pihak Kolej seharusnya membuat pemantauan terhadap barang-barang pelajar kerana pelajar disuruh/disarankan meletakkan beg di luar bilik ujian. Seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya pemantauan daripada CCTV. Kemudian pihak Kolej seharusnya memberi peringatan kepada pelajar-pelajar agar barangan berharga seperti handphone dan dompet boleh dibawa masuk dan atas tanggungjawab masing-masing. Pihak Kolej juga boleh menyarankan pelajar-pelajar meletakkan beg mereka di sebuah sudut yang boleh dilihat semua orang di dalam bilik ujian.

Jika salah pelajar tersebut pula. Masih ingat lagi ketika saya masih belajar dahulu, semasa ujian kami disarankan agar beg diletak diluar bilik ujian tetapi tak pernah berlaku apa-apa kehilangan. Sangat ketara bahawa pelajar tersebut sangat lalai. Pertama, Pihak Kolej telah menjalankan tugas mengikut peraturan-peraturan ujian yang telah ditetapkan bagi mengelak pelajar meniru dan sudah tentu pihak Kolej telah memberi peringatan kepada pelajar supaya tinggalkan beg dan barangan berharga dibawa bersama. Mungkin pelajar tersebut terlalu gemuruh dengan ujian atau terlalu ego, maka telah mengabaikan peringatan yang diberi. Kedua, mengapa pelajar tersebut membawa terlalu banyak cash? Faham kalau pelajar kolej kebanyakkan terdiri daripada golongan kaya dan berkemampuan tetapi agak melampau membawa cash yang banyak ke peperiksaan. Mungkin selepas ujian dia hendak membayar bil? namun, cash matawang AusD (Australian Dollar) Motif disitu? Yang pelik, tahu diri sendiri telah membawa begitu banyak cash, tetapi kenapa tidak mengambil langkah berjaga-jaga kerana barangan peribadi adalah tanggungjawab masing-masing dan sendiri mahu ingatlah. Kalau saya tahu ada membawa cash yang banyak, sudah tentu akan letak dalam kocek walaupun ke mana-mana, sekurang-kurangnya itu yang saya mampu lakukan sebagai langkah berjaga-jaga. Tambahan pula, kenapa duit dia sahaja yang hilang dan rakan-rakan dia tidak? Ada udang disebalik batu?

Pendapat saya, pelajar tersebut seperti ingin salahkan pihak Kolej atas kelalaian dan kecuaian dia sendiri pulak. Maaf jika saya berfikir sebegini, kalau dah kaya tu, kenapa nak risaukan duit yang dah hilang sedangkan sebelum hilang tidak pula ambil langkah berjaga-jaga. Hurm.. ?? 

Saya mungkin berpihak kepada Kolej tersebut dan menyalahkan Pelajar tersebut. Namun, ia sebenarnya memberi pengajaran kepada diri saya sendiri, jangan salahkan orang lain kalau difikirkan balik bahawa kemungkinan salah sendiri dan salah pencuri tersebut juga.

p/s: Jangan meniru semasa ujian atau peperiksaan. Lakukan dengan usaha sendiri.

*first time saya buat post panjang-panjang, macam karangan sekolah pulak.hehe. Maaf jika terdapat kesalahan bahasa, typo dan sebagainya. d>..<b



August 03, 2011

#wW


"wordless wednesday?On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. "
Read more: http://wiki.answers.com




Plant VS Zombies for PC


Berapa hari yang lalu, saya seronok main game baru iaitu Plant vs Zombies yang saya download kat lappy saya. hehe.. rasanya game ini available untuk smartphones tapi tak pasti macam mana bole available untuk PC. Pandai-pandai lah dorang kan? Saya download jer.

Post ni bukan untuk review. Tak reti lah nak review nih, saya share je untuk semua download. Free je. Tak rugi pun. Saya seronok dan khusyuk nak main game ni sampai tak ingat dunia. hehe.. >..<

Sebelum ni saya ada share Angry Birds for PC. Sekarang Plant vs Zombies pulak keh.



Size : ( ~ 27MB )
Password mediafire: hygames


Enjoy!!!
Kalau ada game yang serupa dan menyeronokkan, share lah yer.. thankss..



August 02, 2011

Resipi Mudah: Cheese Cake daripada MackenzieDoo



Ini adalah resipi Cheese Cake paling mudah. Ada macam-macam jenis cheese cake kat luar sana, google jer semua ada. Erm, resipi ini sebenarnya ada kat internet tapi cara mereka lebih susah kot dan bahan susah cari. Yang ini sudah dipermudahkan lepas tunjuk ajar cousin saya.hehe.. Okeh puan-puan, kita sediakan bahan-bahannya dahulu ok.


BAHAN-BAHAN:

buku cheese Philadelphia Cream Cheese
1 tin susu pekat (atau 1/2 tin ikut rasa masing-masing)
2 Bungkus biskut Cheese

1 Kotak susu dutch lady (untuk di celup dgn biskut)
Nestum (utk ditabur atas biskut)


inilah Philadelphia Cream Cheese, kadang-kadang susah nak cari...hehe... harga around RM9.50-12.50 ikut tempat.


biasanya guna biskut ini, biskut ini pun susah nak jumpa sebab best sangat kot. hehe.. 


susu segar (jenis dan jenama ikut suka masing2 yer) untuk dicelup dengan biskut cheese tu.

Okay, mula!

CARA- CARA:

Cream Cheese dicampur dengan susu pekat dan dipukul bersama sehingga sebati.


Lepas tu, sediakan acuan atau container..layer pertama susun roti cheese yg telah dicelup dgn susu (tak perlu celup terlalu lama kerana takut akan jadi terlalu lembut dan bila lepas sejuk beku biskut akan menjadi lembut sendiri) kemudian lapis dengan adunan cream tadi, dan diatas adunan cream tu ditaburkan dengan nestum.

 *comot kan?? hehe *maaf*

lapis roti cheese lagi dan ulang langkah sehingga habis..letak dlm peti sejuk beku..biarkan paling kurang 3 jam atau semalaman kalau dpt.. sebelum dihidang letak di peti sejuk supaya mudah untuk dipotong dan biskut menjadi lembut.
(petua:pisau utk memotong kek cheese nie perlu dipanaskan dahulu) baru cantik bila dipotong nanti)

kalau nak buat banyak2... gandakan saja bahan-bahan tersebut.


SELAMAT MENCUBA yer... d>..<b


resipi kek cheese ini bole didapatkan di SINI, resipi cheese cake yang lain2: MyResipi,  SajiOnline, dan banyak lagi, google jer.


Salam dari Mackenzie D. Peace y'all d^..^b





July 30, 2011

Bendera Israel pada duit syiling Malaysia siri 3?


Excited nak dapatkan duit syiling (coin) Malaysia siri ke-3! hehe.. tapi kena tunggu awal tahun depan kot. Owh, Bank Negara Malaysia ada mengeluarkan set duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated). Untuk info: BNM

Cantik jugalah coin tu semua. Nak dapatkan satu set jugalah. hehe..

owh ya, ada yang bangkitkan isu ada logo bendera Israel di coins Malaysia yang terbaru ni.


Sikit2 nak kaitkan dengan Israel lah, Jew, Mason, etc... bahaya ke dorang??hehe.. erm.. comment please! tell me about it.

info ni dapat kat: [ Noktah Hitam ] ... dan sini [ andyhowtt ] dan sini [akmalhilmi ]

owh... ni saya dapat dari FB Daniel Liew, pendapat beliau tentang isu ni :

" The accusation that our new 10 sen coin has a piece of Israel's flag on it is getting serious in this country, Malaysia, where everyone likes to spice up/sensationalize any type of issues.
Please don't sensationalize the issue without first looking at the actual coin. I bought the commemorative set and the accusation that it looks like the symbol (Star of David) is really uncalled for. 
If you would only take a look at the actual coin, it's the orang asli's weave pattern. These are from the Mah Meri tribe in Peninsular Malaysia.
We've shamed ourself by attacking Chelsea footballer in the friendly match. Haven't we learned our lesson? "


July 29, 2011

Harimau Malaya kalah takpe




Mesti ramai yang geram second match Singapore VS Malaysia semalam kan?? sapa tak geram?? hah?? hehe.
Gambar di bawah, segaknya dorang >..<



match semalam 1-1, Singapore menang dengan aggregate 6-4. Ouch... tak apalah Malaysia kalah sebab berjuang habis-habisan tanpa berlakon atas padang. Serious, Singapura penuh dengan drama. Lantak lah! 
Erm, punca kalah? ala..ramai lagi blogger yang dah ulas pasal ni. hehe...


aaaaa...mestilah Safee yang skor malam tadi... Pengulas pun tak putus-putus sebut nama dia ni. Tapi, Khairul Fahmi sangat hebat menahan bola daripada gol. wah..wah..


Apa-apa pun... Malaysia kalah bermaruah... dan... pasukan Malaysia semakin improve.. =)

p/s: mana nak dapat baju macam dorang ni?? hehe >..< baju kulit...





ok daaaaaa....


July 28, 2011

Semangat Harimau!



tak tahu nak post apa, saja nak share gambar yang saya ambik kat google nih.. thanks google!!

owh sempena perlawanan Malaysia vs Singapura harini, nak share gambar HarimauMalaya nih. Nak bagi semangat kat dorang supaya menang. Sedih siot haritu kalah 5-3 dengan Singapura. Kesian kawan2 yang nak pergi tengok tapi tiket habis. 85,000 tiket [the STAR] abis tu~~ wow.

Harap korang main dengan mantap macam Harimau ni kat gelanggan Gladiator. Slow2 dulu...



barulah serangggg!!!!




*good luck Harimau Malaya!!!!

bagi yang tak ada TV tapi ada internet, nak sangat tengok kan?? ada LIVE STREAMING via andyhowtt

p/s: mana nak beli baju macam Aidil Zafuan ni ek?? hehe.. d>..<b








Selamatkah Kad ATM Anda?


Modul pencurian ATM (Automated Teller Machine) terbaru dengan menggunakan CARD MAGNETIK…Ketika anda melakukan transaksi di ATM, pastinya anda memasukkan PIN. secara dasarnya ketika kad anda tarik kembali, PIN tadi belumlah terpadam secara sempurna, ia masih berada di dalam TEMP atm, walaupun temp ini hanya mampu menyimpan 1 PIN saja, tetapi sangat berbahaya, bagaimana bila yang menunggu dibelakang anda adalah PEMEGANG CARD MAGNETIK. habislah isi ATM anda…cara mengatasinya mudah sangat, ketika anda selesai melakukan transaksi ATM, masukkan kembali KAD ATM anda, kemudian masukkan sembarang password secara tipu, kemudian klik CANCEL. beres kan, kini TEMP ATM tadi sudah terisi dengan password tipu2an yg anda buat…(sebarkan maklumat ini ke yg lain, krn di kelang dan petaling sudah 5 orang jd korban )

Macam-macam cara orang nakkan duit kan?? kan? kan?? Sebelum terjadi apa-apa, kita semua patut sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling serta sentiasa berhati-hati keh!! *skemanya ayat..haha..lantak lah*..hehe..

p/s: Sebarkanlah kepada rakan-rakan anda.




artikel asal: http://www.radioinformasi.com







July 27, 2011

Wordless Wednesday 1

#1



"wordless wednesday?On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. "
Read more: http://wiki.answers.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...