August 05, 2011

Hilang


Title: Student loses purse, money and mobile phone while sitting for examination

Korang bole baca sendiri kan? kalau tak cukup besar, click lah gambar tu. owh..Kejadian berlaku pada Khamis, 04 Ogos 2011.


Di mana-mana boleh berlaku kehilangan barang-barang berharga terutama duit dan barang kemas. Sana-sini ada rompakan, kecurian, ragut dan penculikan pun boleh berlaku tanpa kita sedari. Kalau dah nama pencuri- perompak, ada saja cara dan trick mereka untuk mendapatkan sesuatu yang ada potensi sebagai sumber pendapatan mereka. Contohnya, pukau, ambil barang tanpa disedari tuannya dan sebagainya. 

Daripada artikel tersebut, nak salahkan siapa? Pihak Kolej? atau Pelajar? Masing-masing mestilah tak nak mengaku kerana kerugian adalah besar.

Pendapat saya:

Jika salah pihak Kolej. Pihak Kolej seharusnya membuat pemantauan terhadap barang-barang pelajar kerana pelajar disuruh/disarankan meletakkan beg di luar bilik ujian. Seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya pemantauan daripada CCTV. Kemudian pihak Kolej seharusnya memberi peringatan kepada pelajar-pelajar agar barangan berharga seperti handphone dan dompet boleh dibawa masuk dan atas tanggungjawab masing-masing. Pihak Kolej juga boleh menyarankan pelajar-pelajar meletakkan beg mereka di sebuah sudut yang boleh dilihat semua orang di dalam bilik ujian.

Jika salah pelajar tersebut pula. Masih ingat lagi ketika saya masih belajar dahulu, semasa ujian kami disarankan agar beg diletak diluar bilik ujian tetapi tak pernah berlaku apa-apa kehilangan. Sangat ketara bahawa pelajar tersebut sangat lalai. Pertama, Pihak Kolej telah menjalankan tugas mengikut peraturan-peraturan ujian yang telah ditetapkan bagi mengelak pelajar meniru dan sudah tentu pihak Kolej telah memberi peringatan kepada pelajar supaya tinggalkan beg dan barangan berharga dibawa bersama. Mungkin pelajar tersebut terlalu gemuruh dengan ujian atau terlalu ego, maka telah mengabaikan peringatan yang diberi. Kedua, mengapa pelajar tersebut membawa terlalu banyak cash? Faham kalau pelajar kolej kebanyakkan terdiri daripada golongan kaya dan berkemampuan tetapi agak melampau membawa cash yang banyak ke peperiksaan. Mungkin selepas ujian dia hendak membayar bil? namun, cash matawang AusD (Australian Dollar) Motif disitu? Yang pelik, tahu diri sendiri telah membawa begitu banyak cash, tetapi kenapa tidak mengambil langkah berjaga-jaga kerana barangan peribadi adalah tanggungjawab masing-masing dan sendiri mahu ingatlah. Kalau saya tahu ada membawa cash yang banyak, sudah tentu akan letak dalam kocek walaupun ke mana-mana, sekurang-kurangnya itu yang saya mampu lakukan sebagai langkah berjaga-jaga. Tambahan pula, kenapa duit dia sahaja yang hilang dan rakan-rakan dia tidak? Ada udang disebalik batu?

Pendapat saya, pelajar tersebut seperti ingin salahkan pihak Kolej atas kelalaian dan kecuaian dia sendiri pulak. Maaf jika saya berfikir sebegini, kalau dah kaya tu, kenapa nak risaukan duit yang dah hilang sedangkan sebelum hilang tidak pula ambil langkah berjaga-jaga. Hurm.. ?? 

Saya mungkin berpihak kepada Kolej tersebut dan menyalahkan Pelajar tersebut. Namun, ia sebenarnya memberi pengajaran kepada diri saya sendiri, jangan salahkan orang lain kalau difikirkan balik bahawa kemungkinan salah sendiri dan salah pencuri tersebut juga.

p/s: Jangan meniru semasa ujian atau peperiksaan. Lakukan dengan usaha sendiri.

*first time saya buat post panjang-panjang, macam karangan sekolah pulak.hehe. Maaf jika terdapat kesalahan bahasa, typo dan sebagainya. d>..<b



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...