August 13, 2011

Melatih diri untuk kurang makan


comel tapi tak sihat

Berpuasa, diet, bersenam dan sebagainya bukan perkara yang mudah untuk kurus. Memang sesetengah orang dilahirkan kurus tanpa melakukan apa-apa. Namun, sebahagian lagi struggle untuk menguruskan badan. Untuk mendapatkan badan yang kurus bukannya sehari tetapi mengambil masa dan kena bersabar dengan hasilnya.

Pakar-pakar kini percaya bahawa bagi sesetengah orang gemuk dan berat badan berlebihan mengurangkan berat badan bukan perkara tekad semata-mata, tetapi melatih otak untuk bertindak balas berbeza terhadap makanan.

sebab merekalah~

Even highly motivated and nutritionally informed patients struggle to refrain from highly palatable foods that are high in suger, salt and unhealthy fats. - Brad Applelhans

Walaupun bermotivasi tinggi dan pesakit yang sihat juga berjuang untuk menahan diri daripada makanan yang enak yang tinggi di gula, garam dan kandungan lemak yang tidak sihat. - Brad Applelhans
*entah betol ke tak translation tu..hehe



Langkah-langkah membantu melatih otak kita untuk kurang makan: 

~ Mengelak daripada STRESS; stress lah salah satu punca kita makan dengan lebih banyak, memakan junk food dan makanan yang tinggi kalori tanpa disedari.

~ Mengelak godaan daripada pengambilan makanan tinggi lemak di rumah dan di tempat kerja.

~ Senaraikan makanan yang sihat ketika shopping bagi mengelakkan daripada godaan membeli makanan tinggi lemak dan junk food 

~ *penting* saya tahu buffets adalah salah satu kegemaran rakyat Malaysia. Cuba mengelak daripada all-you-can-eat buffets dan restaurants yang menghidang hidangan yang banyak.



Penyelidik juga menyarankan memberi tumpuan kepada short-term weight loss goal, terutama di awal rancangan diet anda.Satu lagi kajian yang diterbitkan bulan lalu mendapati bahawa bagi sesetengah orang bercita-cita tinggi untuk memulakan diet pengurangan kalori, badan akan menentang dengan melambatkan metabolisme lebih jauh lagi. Untuk mengatasi mekanisme ini, disyorkan bahawa orang-orang yang berisi mula perlahan-lahan dan mengelakkan extensive calorie restriction sehingga badan mereka boleh menyesuaikan diri dengan pengambilan makanan kurang.

PEMALAS!!

Disamping itu,

JANGANLAH MALAS UNTUK BERSENAM!

bersenamlah walaupun senaman ringan spt; jalan-jalan, jogging, berbasikal, mengemas rumah, gardening, cuci kereta dan macam-macam lagi.


Lebih baik jika;

BERSENAM:

> Disyorkan supaya: 3 kali seminggu, 30 minit per-sesi.
> Dalam tempoh 30 minit, seorang individu boleh melakukan 3 jenis senaman secara berperingkat seperti pemanasan, senaman kardiovaskular (joging, berbasikal)
> Kerap melakukan senaman ini akan mengurangkan lemak dan membentuk otot. Kita boleh bersenam 30 minit atau 1 jam sebelum sarapan (tidak sarapan, bermakna dalam petang, makan malam) atau selepas makan malam tidak lama selepas proses pencernaan.
> Cuba untuk mengelak daripada makan malam yang berat seperti nasi. Sebaliknya, mengambil sejumlah kecil makanan seperti buah kurma dan segelas air mineral.
> Juga digalakkan berhenti bersenam 15-20 minit sebelum makan malam untuk berehat.

Selamat Berusaha!!!! d^..^b











2 comments:

  1. comelnya budak2 mac, tembam, geram nak cubit2..hi3

    ReplyDelete
  2. mari kita bersama sama menurunkan berat badan.heheee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...