Ini adalah resipi Cheese Cake paling mudah. Ada macam-macam jenis cheese cake kat luar sana, google jer semua ada. Erm, resipi ini sebenarnya ada kat internet tapi cara mereka lebih susah kot dan bahan susah cari. Yang ini sudah dipermudahkan lepas tunjuk ajar cousin saya.hehe.. Okeh puan-puan, kita sediakan bahan-bahannya dahulu ok.
BAHAN-BAHAN:
1 buku cheese Philadelphia Cream Cheese
1 tin susu pekat (atau 1/2 tin ikut rasa masing-masing)
2 Bungkus biskut Cheese
1 Kotak susu dutch lady (untuk di celup dgn biskut)
Nestum (utk ditabur atas biskut)
Nestum (utk ditabur atas biskut)
inilah Philadelphia Cream Cheese, kadang-kadang susah nak cari...hehe... harga around RM9.50-12.50 ikut tempat.
biasanya guna biskut ini, biskut ini pun susah nak jumpa sebab best sangat kot. hehe..
susu segar (jenis dan jenama ikut suka masing2 yer) untuk dicelup dengan biskut cheese tu.
Okay, mula!
CARA- CARA:
Cream Cheese dicampur dengan susu pekat dan dipukul bersama sehingga sebati.
Lepas tu, sediakan acuan atau container..layer pertama susun roti cheese yg telah dicelup dgn susu (tak perlu celup terlalu lama kerana takut akan jadi terlalu lembut dan bila lepas sejuk beku biskut akan menjadi lembut sendiri) kemudian lapis dengan adunan cream tadi, dan diatas adunan cream tu ditaburkan dengan nestum.
lapis roti cheese lagi dan ulang langkah sehingga habis..letak dlm peti sejuk beku..biarkan paling kurang 3 jam atau semalaman kalau dpt.. sebelum dihidang letak di peti sejuk supaya mudah untuk dipotong dan biskut menjadi lembut.
(petua:pisau utk memotong kek cheese nie perlu dipanaskan dahulu) baru cantik bila dipotong nanti)
kalau nak buat banyak2... gandakan saja bahan-bahan tersebut.
SELAMAT MENCUBA yer... d>..<b
resipi kek cheese ini bole didapatkan di SINI, resipi cheese cake yang lain2: MyResipi, SajiOnline, dan banyak lagi, google jer.
Salam dari Mackenzie D. Peace y'all d^..^b
No comments:
Post a Comment